Sunday, April 1

kurang pengetahun or moral?

 hi..
apa ni? ada ke manusia yang masih kurang pengetahuan dari segi apa2 jer sekarang? macam tak kan? yelah,since dunia ni makin maju penuh dengan teknologi yang sungguh moden. Bangunan mencecah tinggi cakarawala bagai. Siap si cilik computer pun pandai menggodam personal account di laman sesawang. Si penipu sudah pandai membelit segala perniagaan didunia. Si kaki po***** pula suka benar mengoncang berita dengan adegan masing masing. Apatah lagi la dengan si pintar,tercipta lah segala macam iphone/galaxy/htc banyak sangat. masing masing dengan kelebihan setiap ruang yang ada dalam telefon canggih kini. penyakit yang sukar di ubati sudah di kesan ubat yang mujarab. alahai, kepintaran manusia kini memang harus di puji.

KINI. masing masing meletakkan diri di kedudukan tertentu. tapi adegan di kedai makan sebentar tadi sungguh memalukan? Tadi i kuar breakfast dengan kakak maybe pukul 7 macam tu. Macam biasa kita pergi favourite place kita,di Bangku Kuning. jangan terkejut dengan nama kedai tu. ntah dari mana idea nya menamakan kedai tu. Kedai makan tu memang one of favourite orang sini maybe sebab setiap pagi kedai tu memang di penuhi dengan pelanggan. makanan yang sedap dan pelbagai mungkin? tapi memang i tak nafikan mee laksa kedai tu sedap GILER! markah penuh la utk kedai makan tu. tak penah lagi jumpa mee laksa sesedap itu di dunia.. cehhh. ayat bagai nak rak. selama i tahu,kedai ni tak pernah ada meja kosong. faham faham la maksud i kan? selalu full house. i tak tahu apa ntah perayaan or mungkin feng sui Cina  hari ini. kedai tadi sangat sesak luar biasa. penuh dengan Cina la. nama lagi restoran cina :) ada yang tengah makan ada jugak yang berdiri tunggu turn nak ambik meja pulak kan. itu perkara biasa. tapi ntah apa nak jadi dengan keluarga tadi. meja sebelah kami keluarga cina yang duduk. 3 orang la. then datang la satu keluarga i*** ni 5 orang boleh aje p duduk terus kat meja yang keluarga cina tu. then cina ni tergopoh lah suruh anak dia minum cepat.memang nampak tak puas hati pun muka. mak aii. kenapa begitu sekali? tak pandai hormat orang? at least boleh tggu berdiri kat luar sekejap. ni tak,buat malu jer. without saying any word pulak tu. muka ganas bagai nak suruh cina tu blah cepat. iskkk. :( kesian buat orang macam tu. fikir dulu,nak ke kalu orang buat hang macam tu? tak kan.

lepas insiden tu. datang pulak satu couple. macam tadi jugak. masih xda meja kosong. then BF dia datang tanya kat i,blh kita kongsi satu meja? then orang berbudi kita berbahasa la kan? i just said,why not. duduk je lah. nah,tinggi kan nilai moral dalam diri couple td.

masih ada jugak kan manusia yang ikut kepala dia sangat kat dunia ni :( tak kira perasaan orang. tak menghormati langsung. MASIH ADA!!!!  rasa sebal lagi ni dengan kejadian tadi.

p/s,masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum lah. tak kan berdicit pulak kan. bear on mind,fikir dulu sebelum bertindak.

ni mee laksa. tapi bukan di kedai tu. ni dari internet. for sure,mee di kedai tu lebih sedap lagi :)

No comments:

Post a Comment